Monday, 7 March 2016

Result

Hello guys. Me again. So...hahaha result...Result SPM la tu huhu. Yep. Kali ni nak cerita pasal hari ambil result. Semuanya berlaku pada tanggal 3 Mac 2016.


Inilah result aku...huhu

Haha lawak hambar. Gambar ni member hanta kat whatsapp. Tergelak aku sensorang. So.... Masa nak pergi sekolah tu berdebar juga hati. Takut2 result teruk. Aku datang sekolah dalam pukul 9. Bila dah sampai, cikgu kata pukul 12 baru dapat. Hahaha sakitnya rasa. Syukur member ada datang awal sekali masa tu.

Bila dah pukul 10, member aku yang lain check result guna SMS. Aku pun join la sekali. Saja nak menamatkan zaman suspens haha. Berapa aku dapat? Ada ah hahaha. So bila dah tahu tu, rasa gembira ada, rasa sedih pun ada. Adeh.

Bila tiba masa yang sepatutnya, aku perhati jelah member yang pandai naik atas pentas. Huhu perhati je. Dah habis semua tu mulalah sesi bersuai kenal dengan guru guru dan rakan rakan.Unfortunately, aku tak sempat nak bersuai kenal. Ada plan lain haha so aku tinggalkan member2 yang dah lama tak jumpa tu. Haha sedihhh..

So that's all I've got to say about this issue. Yeah. Apa yang aku nak buat dalam masa tiga bulan ni pun tak tahulah haha. Mereput jelah dekat rumah. Haha. Kbai.

Drive

Hello again. It's Siddiq again.

So.. drive? Aku nak cerita pasal empat hari aku pergi Akademi P S Samy (sekolah memandu).

First day aku actually nervous sebab aku tak tahu sangat apa akan jadi.. Dan aku tak reti bawak kereta haha.. Masa aku naik kereta cikgu tu, cikgu tu tanya aku reti bawak ke tak and mestilah aku cakap tak. Then dia yang bawak kereta tu until halfway dia berhenti dekat satu tempat dan ajar aku bawak kereta. Bila dah ada confidence sikit , tiba tiba dia suruh aku bawak terus pergi sekolah. Memang terkejut la jawabnya sebab confidence aku takdelah setinggi gunung. Dalam setengah jam macam tu kita sampai dekat sekolah tu dengan selamat. Masa tu aku sedar, best jugak bawak kereta ni haha..

Second and third day is pretty much the same. Cuma bawak kereta kat litar blablabla.... Fourth day pulak ada macam ujian. Contohnya SPM...kan ada trial SPM kan... Fourth day lebih kurang macam trial tu la haha. Cikgu cakap aku bawak kereta OK je so gembira la sikit hati.

Dalam sepuluh hari selepas tu, tibalah masa yang ditunggu2. TEST JPJ. Nervous gila masa tu haha. Kawan aku x pass so aku makin seram sejuk. Setelah dalam 8 jam kat situ (yes 8 jam huhu), aku lulus. Syukur haha. Sekarang tengah tunggu nak dapat kad P je. So....yeah.. that's it...We'll meet again next time :).

Tuesday, 16 February 2016

Chess

Hello there. Siddiq is in the house....again.... Ok. Chess. Kisah harini juga merupakan sebuah flashback ke masa lalu. Tapi flashback ni takdela jauh ke masa silam sangat. Cerita ni jadi pada tahun lepas.



Wah... Chess Squad... Nama nak gempak saja.... Eh itu sudah mesti. Barulah semangat naik. Anyway, ceritanya bermula apabila aku tengok orang main chess dekat kantin. Aku pun joinla (despite my laughable skill in chess). Aku tengok kawan aku sign up untuk chess competition peringkat sekolah. Aku sign up la sekali (sebab malas nak duduk dalam kelas).

Nak difast forwardkan cerita, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Pergi SMK dekat Selayang. Ramai juga orang yang join. Semuanya muka pro-pro belaka. Except me. Obviously. Aku excited juga la sebab lawan stranger kan hahaha. First match. Cuba teka aku menang ke tak? Mestilah kalah....Siddiq tak pro ok? Second match lagi kelakar. Aku yang pertama keluar dewan. Kahkahkah padan muka aku. Third match dan seterusnya pun kalah :').

Dalam match yang ke (aku lupa), ada sorang ni nasib dia lebih kurang macam aku. Kalah je tak menang. Jadi kami pun bersetuju. Daripada kalah, lebih baik seri je. Kan adil? hahaha. Geng aku banyak yang menang. Sampai ke aku, mula mula kalah lepastu seri. Seronok jugak la dapat setengah point hahaha. Bila tengok final result, aku third last. K malu. Padan muka aku hahaha.



Bersama budak yang dapat menang beberapa round.



Saja acah macho dekat sekolah lain haha.

Ok maybe itu jelah benda yang aku dapat ceritakan harini. Stay tuned! Kbai.

Saturday, 16 January 2016

Lonely

Hello again. It's me. So.. Siddiq kembali untuk menaip beberapa ayat yang mengandungi beberapa patah perkataan.. eh.
Dah kenapa.
Today, I want to share a story about loneliness. Loneliness is a food that can be eaten when one requires some decent food. Ok dah merepek maaf. Why loneliness? Why so lonely?
Kesunyian sama ada pilihan sendiri ataupun terpaksa. Dalam kes aku, aku tak tahu. Why do I feel lonely? Sepanjang cuti lepas SPM ni aku banyak lepak depan komputer. Keluar rumah jarang sekali. So maybe that's why aku rasa sunyi. Maybe I have to interact with other people instead of interact with the mirror. Entahlah.. layan....
Or maybe all this 'loneliness' is just in my head. Banyak sangat masa dalam 'cuti sekolah' means banyak fikiran masuk dalam otak. And this post is pointless. Yep karangan kali ni tak ada tujuan. Dan dalam tiga perenggan ni aku cuma mengarut. #PlotTwist. Eh. Dah kenapa. Diam la Siddiq. What. It's time to say bye?

Wednesday, 13 January 2016

What

Hello again. It's me. So harini ada aktiviti yang 'menarik'. Actually...takdelah menarik sangat.. Cuma harini Hamidi (one of my friend) ajak aku pergi sekolah...Buat apa? Lek lu...

So harini bermula dengan call daripada Iman (another friend) nak ajak pi mamak. Then dia pun ikut pi sekolah.

Sampai je sekolah, terdetik di hati 'haih sekolah ni lagi'. Maybe aku dah bosan dengan sekolah tu.. Or maybe aku seronok datang balik..Rindu maybe..Entahlah.
Tengok2, Hamidi dah lama sampai so aku boleh diconsider lambat. Takdelah lambat sgt...'setengah jam je' heh..

Aktiviti yang 'menarik' tu cuma tolong cikgu handle program. But yang banyak tolong cikgu tu Hamidi dengan Iman. Aku? Duduk, tengok phone, duduk. So uselesslah lebih kurang haha.

That's all I guess. So um... ini bukan kisah menarik..kbai

Monday, 11 January 2016

First

Hello there. You may be wondering why this blog was made. Sebab utama? Bosan. Sebab kedua? There is no second reason.

Let's talk a little about me.

Nama diberi Siddiq Omar. Unofficialy 18 years old. A really weird guy. Gamer. Movie lover. Orang kata aku ni pandai tentang hal komputer lol... noob je sebenarnya.

So that's all I guess. Entahlah. Bolehlah. Tak reti sangat buat karangan ni haha. Karangan ke ni? Haha dusta.

So mari kita huraikan sebab utama yang tersebut diatas. Eceh ayat karangan SPM...kot

So dah habis highschool. Tengah menunggu result Spm. Penantian selama tiga bulan ni membosankan. Kawan yang lain kerja. Aku duduk rumah makan tido makan tido. Nak kerja tapi parents tak kasi.

So suatu hari, tetiba muncul idea nak buat blog..so layan..

Maybe blog ni penuh akan dengan cerita remaja dulu... dan kisah akan datang..

Possibly blog ni cuma aku je yang baca.. Because my story isn't that interesting..entahlah.. layan.

um.. kbai?